CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 2, 2010

HAPPY BESDAY MUM..



me n my lovely mum



Allah selamatkan kamu...allah selamatkan kamu...allah selamatkan ibuku Mazidah Baharin...allah selamatkan kamu...
Harini hari lahir ibuku tersayang........semoga dia dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki...
Sempena hari kelahirannya aku ucapkan ribuan terima kasih kerana melahirkanku,menjaga ku dari sebesar tapak tangan sehinggalah dah hampir sama besar dengan dia..(lihat saja gambar itu hehehe) sudah 24 tahun dia menjagaku..


Terima kasih juga melayan karenahku yang sentiasa berubah-ubah...pada aku dia lah ibu terbaik di dunia..dia tak pernah merungut melayan karenah kami lima beradik..ape saja yang kami nak makan dia akan cuba penuhi..masakannya memang mantap habis..
padaku dia juga isteri yang terbaik pada arwah ayah yang aku lihat tak pernah membantah setiap kata suaminya...


Dia juga seorang ibu yang tabah yang tidak menangis di hadapan anak-anak disaat meratapi kehilangan orang tersayang (arwah ayah).lantaran itu kami adik-beradik tabah menghadapi hari2 mendatang walaupun kehilangan tonggak keluarga.


Dia juga seorang ibu yang sporting habis..tak pernah menghalang anak-anaknya berkawan dengan sesiapa pun tetapi tetap ade nasihat2 tegas di sebaliknya..
Ibu yang tak pernah nak marah tak tentu pasal terhadap anak2nya..sentiasa menerima kekurangan anak2nya...sentiasa memberi dorongan dan sokongan kepada anak2..
Yang paling penting tidak pernah membeza-bezakan kasih sayang antara anak-anaknya..
Ibu yang sentiasa nampak muda walaupun usianya sudah mencecah hampir ke alam 60an..
(buktinya lihat saja gambar diatas)

Kini tibalah masa daku membalas jasa-jasa beliau..insyaallah...

MUM I LOVE U SO MUCH FOREVER N EVER!!!!!!!

0 comments:

Post a Comment